Watch N Click One

Monday 29 June 2015

Cara-Cara Memasak Laksa Sarawak

Laksa Sarawak sudah dikenali ramai...paste laksa Hj Manan ada saya jual di Plaza GM Klang Groundfloor A073 Plaza GM Klang.


Laksa Sarawak

Bahan Untuk Kuah Laksa:-
1 peket (200g) perencah laksa Hj Manan
500gm udang segar - dicuci bersih tapi jangan dibuang kulitnya
1 ketul dada ayam
2 batang serai diketuk
500ml santan
garam secukup rasa

Bahan2 Untuk Sambal:-
6 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

Bahan2 Tambahan Lain:-
1 Peket Meehun (400-500gm) dicelur hingga lembut dan toskan
Taugeh secukupnya - dicelur sebentar
Daun ketumbar - untuk hiasan
6 biji telur(ikut suka byk mana)-dijadikan telur dadar,digulung dan dihiris
4 biji limau kasturi - dibelah 2 dan dibuang biji (utk diperah atas laksa)

Cara-Caranya:-
Jerang 2 litre air bersama2 dgn 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga masak. Masukkan pula udang bersama2 dgn kulitnya dan biar hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dan tunggu hingga ayam dan udang sejuk.

Dalam air rebus ayam dan udang tadi masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak hj manan tadi dan kacau rata.

Apabila kuah mendidih, masukkan santan dan garam dan kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa, apabila siap tutupkan api.

Isi ayam tadi disiatkan halus dan kopek kulit udang dan letak berasingan semasa menghidang.

Sediakan pula sambal dgn menumbuk semua bahan sambal.


Cara Menghidang Laksa Sarawak.

Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dgn isi ayam, isi udang,telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan dicurahkan kuah laksa secukupnya
Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sediakan utk dimakan.

......jom menjamu terus..hehehe..posa...posa....sb dipost bulan posa...sabarrrrrr.......

selamat berpuasa ya semue....


   


No comments:

Post a Comment